5 Cabaran Utama Pengurusan Sistem Agent Stokis Di Malaysia

sistem agent stokis

Menguruskan ejen bukan satu hal yang mudah dilaksanakan walaupun ringan diucapkan di mulut. Menurut Abraham Maslow, terdapat 7 tingkat psychology dalam kita menguruskan manusia tanpa mengira konteks pekerjaan atau kekeluargaan. Manusia makhluk yang unik dan berbeza setiap seorangnya. Walaubagaimanapun, kami kongsikan beberapa cabaran utama dalam menguruskan sistem agent stokis di Malaysia supaya anda boleh bersiap siaga.

#1- Harga yang sesuai dengan pasaran Malaysia

Mungkin terdetik apabila kita menggunakan sistem perniagaan berasaskan ejen nampak lebih mudah dan senang kaya. Hakikatnya belum tentu. Majoriti orang masih fokus kepada harga melainkan kita mampu memberikan nilai setanding dengan solusi. Justeru, penetapan harga pada awal permulaan sangat penting bagi mengelakkan kita terpaksa mengubahnya kelak. Pengguna tetap mencari tawaran yang sesuai dengan kehendak mereka, jadi pemilik bisnes hendaklah fokus memberikan nilai dan menetapkan harga yang sesuai.

#2- Struktur ejen yang menyerabutkan jiwa

Adakalanya kita terkeliru dengan matlamat asal. Natijahnya ramai yang pegun di fasa ini walhal jualan sudah ratus ribu. Puncanya anda tidak bersedia dengan kemungkinan struktur ejen yang bermasalah.

Isu pertama, kurangnya ilmu tentang sistem ejen di mana sistem ejen mempunyai beberapa jenis dan lapisan. Disebabkan itu, ramai di kalangan kita yang kerap bertukar-tukar sistem kerana tidak jelas dengan objektif yang mahu dicapai. Solusi utama yang kita ada ialah duduk berbincang dengan pengurusan dan muktamadkan apa yang mahu disasarkan terlebih dahulu. Tambahan, semua isu ejen boleh diselesaikan dengan anda mencari sistem ejen stokis secara online.

Baca: Ciri Ciri Sistem Ejen Patut Anda Ketahui Sebelum Langgan

#3- Kehadiran ejen baru yang kurang pengalaman

Tidak dapat disangkal lagi, patah tumbuh, hilang berganti. Perkara biasa apabila ejen yang berprestasi tinggi meninggalkan kita dan pasti datang pula yang baru. Impak kecil kehadiran orang baru tidak perlu dirisaukan. Mungkin akan makan sedikit sumber dan perlu dilatih dengan lebih baik. InshaAllah mereka boleh jadi orang yang hebat juga.

#4- Sistem Ejen Stokis yang kurang bagus

Sistem urus ejen juga penting dalam bisnes bahkan ramai yang sangka dengan menggunakan kaedah manual, mereka boleh untung ribuan ringgit. Sebenarnya tidak kerana setiap fungsi teknologi yang anda bayar menyelesaikan masalah anda dengan singkat.

Bagi orang bisnes, masa lebih bernilai dan andaikata FounderHQ menyelesaikan segala kekusutan dan permasalah urus ejen, pasti pendiri bisnes seronok. Dengan RM199 sahaja, anda sudah tidak perlu membuka microsoft excel mengira komisen secara manual dan macam macam lagi fungsi yang ada.

#5- Tidak menyediakan sokongan kepada ejen

Pernah kami melihat ada beberapa syarikat yang runtuh dari puluh jutaan ringgit nilainya berpunca dari tidak memberikan sokongan kepada ejen. Sokongan terbahagi kepada dua iaitu sokongan moral dan sokongan dari segi ilmu, motivasi.

Bayangkan anda orang baru turut serta dalam perniagaan, pasti rapuh dengan penolakkan dan lemah dalam menjual. Tanpa sokongan, ejen baru tentu akan mati dengan sendirinya dan bisnes terpaksa mengeluarkan kos mencari ejen baru. Demikianlah perkongsian kami mengenai cabaran utama dalam pengurusan sistem ejen di Malaysia. Diharapkan agar memberikan anda manfaat dan ingatlah waima apa pun, bisnes harus diteruskan, tetap ada cabaran mendatang. Kita seharusnya melihat cabaran itu sebagai peluang tingkat prestasi diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *