5 Ciri Ciri Sistem Ejen Yang Tepat Untuk Bisnes Anda

Sistem Ejen | founderhq.my

Dawarsa, kita telah didedahkan dengan banyak peluang untuk menjana pendapatan mahupun mengembangkan syarikat ke tahap yang lebih hebat. Justeru, model bisnes telah dikeluarkan digarap memudahkan proses kita menguruskan operasi syarikat. Sebelum itu, tertarik untuk kita lihat apakah faktor yang perlu kita hadamkan kenapa sistem ejen itu berbaloi atau tidak.

#1- Pulangan yang berbaloi

Faktor utama mengapa sistem ejen digemari oleh ramai pendiri bisnes pastinya kerana pulangan dan perkembangan syarikat yang pesat. Jika seorang ejen mendatangkan pulangan yang bagus, bayangkan jika syarikat tersebut mempunyai ribuan ejen seperti Coway, Cuckoo, Amway dan lain lain. Pastinya syarikat akan mencapai perkembangan yang laju. Biasanya syarikat akan menawarkan pembayaran berdasarkan jualan ejen.

Kemudian apabila mencapai tahap tertentu, pasti ada ganjaran bonus yang lainnya. Tambahan, semua berkaitan pendapatan ejen harus diuruskan secara real time processing bukannya secara manual atau delayed terlalu lama.

#2- Sistem Urus Ejen Yang Bercelaru

Antara cabaran lain yang mendatangkan kepeningan kepada tuan puan founder adalah tidak mempunyai centralize system. Natijahnya, segala info berterabur dan anda selaku orang yang membuat keputusan tidak dapat melihat keseluruhan situasi yang berlaku.

Solusi yang ada ialah sistem urus ejen stokis seperti FounderHQ. Fungsinya anda boleh melihat data secara terperinci dan centralize di satu platform sahaja tanpa perlu bukan 10 tab di Google Chrome.

Itu baru kita kupas tentang centralization platform, belum lagi bicara tentang faktor lain seperti kiraan komisen ejen, ejen pegang stok atau tidak. Semua masalah anda boleh selesai dengan sistem FounderHQ.

#3- Sokongan dan Latihan Berterusan dari Penyedia Sistem Urus Ejen

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sama seperti kejayaan sistem ejen, jika kita tidak melatih dan memberikan sokongan padu kepada ejen, agak sukar untuk ejen tersebut terus maju dan berjaya. Resmi perniagaan sudah kita maklum, kita Cuma berjaya apabila kita membantu orang lain untuk berjaya.

Jadi ada beberapa langkah yang perlu diambil:

  • Mencari mentor atau jurulatih yang mampu memberikan ejen ilmu pengetahuan tentang pemasaran atau bisnes. Di sini, penting untuk melihat portfolio mentor/jurulatih tersebut terlebih dahulu dan tidak serkap jarang.
  • Menyediakan course online untuk mereka yang jauh dari kawasan seperti Sabah Sarawak dan lain lain.
  • Soalan ditanya menggunakan sistem tiket bagi memastikan mereka tidak lupa dan boleh semak semula.

#4- Ada Pemantauan Ke atas setiap ejen

Ramai juga beranggapan jika ejen bebas buat sahaja akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat tapi hakikatnya tidak. Bahkan anda mungkin akan bertambah pening kepala akibat menghabiskan masa menguruskan mereka. Cara yang paling baik adalah bertanyakan masalah dan memberikan motivasi secara berkala. Tambahan, HQ juga boleh mendapatkan data jualan dari mereka supaya membantu dari segi perancangan jualan pada masa akan datang. FounderHQ menawarkan solusi ini kepada semua pendiri bisnes.

Sistem urus ejen stokis bukanlah satu hal yang mudah diuruskan. Namun, menjadi satu kemestian untuk pendiri bisnes memikirkan apa solusi terbaik ketimbang masalah yang bakal muncul kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *