4 Cara Anda Boleh Guna Untuk Memikat Ejen Dropship Baru

Ejen Dropship Baru | founderhq.my

Konsep dropshipping semakin terkenal masakini berikutan model bisnes sebegini mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan.  Di samping perniagaan juga bakal berkembang pantas berikutan kemasukkan agen dropship atau ejen stokis. Bayangkan tanpa menggunakan modal, orang ramai boleh menjana pendapatan ribuan ringgit dan lebih menariknya, majoriti bisnes dropship dijalankan dari rumah sahaja. Tidak perlu pejabat atau premis yang besar, cukup sekadar di rumah menggunakan komputer dengan akses internet.

Justeru tim FounderHQ akan berkongsi bagaimana sebuah bisnes boleh menarik minat orang ramai menjadi ejen dropshipper mereka.

#1- Insentif yang mengiurkan dan sukar ditolak

Rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari”- kata orang zaman dulu mengingatkan kita tentang tiada orang yang akan menolak rezeki dan mencari pasal dalam hidup. Konsep yang sama boleh diapplikasikan oleh founder bisnes dengan menawarkan insentif yang mengejutkan para ejen semua. Salah satunya adalah menawarkan cabaran jualan untuk satu kadar masa yang singkat.

Contoh: Sempena hari Merdeka, bonus RM1000 buat mereka yang mencapai angka jualan sekian. Percayalah mereka semua akan mengejar bonus tersebut kerana wang adalah motivasi manusia zaman kini.

Selain itu, anda juga boleh berkongsi rezeki dengan ejen dropship dengan menawarkan mereka bonus sekiranya membawa masuk ejen baru ke dalam syarikat. Konsep sama seperti MLM di luar sana tetapi anda boleh mengubahnya bersesuaian dengan keadaan semasa.

#2- Ketengahkan peluang bisnes tanpa modal besar

Kekangan terbesar orang ramai ingin memulakan bisnes adalah modal manakala punca kegagalan bisnes ialah kekurang ilmu.

Menurut statistik, 90% akan tutup kurang dari 3 tahun menandakan ini risiko yang besar buat orang ramai yang ingin memulakan perniagaan. Oleh kerana itu, anda boleh menggunakan poin ini untuk menawarkan peluang bisnes kepada orang ramai tanpa perlu modal yang besar.

#4- Fleksibiliti Masa Menjalankan Perniagaan

Tujuan utama orang menjalankan bisnes sama sahaja iaitu ingin menikmati kebebasan masa Bersama keluarga. Walaubagaimanapun, keseimbangan antara kerja dan masa perlu difahami terlebih dahulu. Jika tidak, tentu bisnes anda akan mengalami kemerosotan kemudian hari.

#5- Testimoni & Feedback Pelanggan

Tiada manusia akan percaya dengan anda jika kita tidak suakan kepada mereka sejumlah testimoni atau feedback pelanggan. Ini dipanggil oleh Cialdin seorang profesior ternama di US sebagai social proof adalah asas memikat pelanggan.

#6- Promosi Berbayar di Social Media

Di zaman yang masa bergerak pantas, sangat wajar untuk pemilik bisnes melaburkan wang untuk promosi berbayar

#7- Sistem Pengurusan Ejen Yang Mantap

Apabila anda sudah mencapai angka ejen tertentu, penting buat founder sekalian memastikan segala pengurusan ejen berjalan dengan lancer. Urusan bisnes 80% bermain dengan human behavior. Sebagai contoh, bayaran kepada ejen harus tepat pada waktunya dan Kebajikan mereka perlu founder ambil berat. Sebab itu banyak syarikat besar di luar sana yang menggunakan system ejen masih bertahan.

Kesimpulan

Majoriti perkembangan syarikat bergantung kepada diri anda sendiri sebenarnya. Banyak syarikat yang tutup disebabkan gagal bahagian pengurusan dan ramai juga tidak sedar akan hal ini. Jadi suka kami menasihatkan anda uruskanlah mereka sebaik yang boleh kerana mereka inilah orang yang memberikan kepercayaan kepada anda untuk menjana pendapatan Bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *