Integrasi Founder HQ dengan Chip-in Asia

CHIP adalah penyedia gerbang pembayaran yang membolehkan HQ menerima pelbagai jenis kaedah pembayaran daripada pelanggan. Dengan kemudahan yang disediakan ini, HQ boleh menguruskan semua jenis transaksi hanya di dalam satu akaun sahaja.

Berikut adalah pilihan yang HQ boleh gunakan untuk menerima pembayaran daripada pelanggan

  1. FPX (B2C)
  2. FPX (B2B)
  3. Local Debit/Credit Card
  4. International Debit/Credit Card
  5. e-Wallet (TnG, GrabPay, Boost, Maybank QR Pay, Shopee Pay)
  6. Buy Now Pay Later (Atome)
  7. (LATEST) DuitNow QR by Chip (Offline or Online method)

Kini Founder HQ telah di integrasi dengan Chip-in Asia untuk membantu HQ membuat jualan dengan lebih banyak. Semakin banyak kaedah pelanggan boleh bayar, semakin banyak jualan HQ boleh buat di dalam masa yang sama.

Jom kita lihat bagaiman untuk integrasikan akaun Founder HQ anda dengan Chip-in Asia

STEP 1

  1. Login ke dashboard Founder HQ
  2. Pergi ke menu Settings
  3. Klik di bahagian Payment Method

STEP 2

  1. Tekan butang no 1 untuk pengaktifan
  2. Untuk Payment Mode, jika ada ingin mencuba membuat tempahan palsu, sila pilih Sandbox. Jika anda telah bersedia untuk menerima tempahan sebenar, sila pilih Production
  3. Masukkan Brand Id dari Chip (WAJIB). Ikut disini cara untuk mendapatkan Brand Id
  4. Masukkan Live Key dari Chip (WAJIB). Ikut di sini cara untuk mendapatkan Live Key
  5. Masukkan Test Key (Jika anda nak mencuba membuat tempahan palsu sahaja)
  6. FPX Fee, sila masukkan cas setiap transaksi yang anda mahukan. Chip akan caskan RM1 kepada anda. Jika anda ingin serap kos tersebut, sila letak amaun 0. Anda juga boleh markup harga sehingga RM1.50 atau apa-apa jumlah mengikut kesesuaian bisnes masing-masing.
  7. Card Fee, sila masukkan cas setiap transaksi yang anda mahukan dalam bentuk peratus. Kadar cas mengikut yang Chip telah hantar di email anda. Jika anda ingin serap cas tersebut, sila letak amaun 0. Anda juga boleh markup harga sehingga apa-apa jumlah mengikut kesesuaian bisnes masing-masing.
  8. Card Fee – Express Checkout, jika anda mengambil tempahan pelanggan menggunakan platform Express Checkout atau Woocommerce, dan mahukan harga cas transaksi yang berbeza daripada cas Card Fee di no 7, anda boleh masukkan peratus cas yang lain di bahagian sini.

Jika belum ada akaun dengan Chip, sila tekan di gambar di dalam kotak biru untuk pendaftaran. TETAPI, jika anda sibuk dan tiada masa, piham Founder HQ bersedia membantu anda untuk urusan pendaftaran.

SIAP!

Itu saja cara untuk integrasikan akaun anda dengan Chip. Anda boleh membuat tempahan palsu untuk menyemak sama ada berjaya menerima tempahan atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *