Kenapa ejen syarikat anda susah nak buat sales

Ejen Susah Buat Jualan | founderhq.my

Tiada syarikat yang mampu bertahan jika sales terus merudum. Biasanya situasi begini membawa kepada kelumpuhan syarikat. Kata Mark Cuban,seorang billionaire terkenal di US,”Dalam bisnes, sales menyembuhkan segala macam hal. Jika kita ada sebarang masalah, semuanya datang dari sales.” Jadi kami kongsikan mengapa dan bagaimana mengatasi masalah ejen mengalami kesukaran membuat jualan.

#1- Kurang Pemahaman Cara Buat Sales

Harus diingatkan bukan semua orang mempunyai bakat seperti Jordan Belfort (Wolf of Wallstreet) dalam bidang jualan langsung. Jadi sebagai pemilik bisnes, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendidik anak buah supaya boleh memberikan hasil yang terbaik.

Kerana itu, syarikat yang bagus akan menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) untuk semua ejen patuh. Patuh dalam erti kata mereka akan bekerja berdasarkan SOP yang telah ditunjukkan oleh HQ.

#2- Tidak mendalami product knowledge

Sesetengah orang berpendapat jika kita mahu menjual, boleh main jual sahaja. Sebenarnya tidak begitu bahkan anda mungkin akan menerima banyak penolakan apabila tidak mempunyai pengetahuan tentang produk.

Contoh mudah, apabila menjadi ejen produk kecantikan, tuan puan perlu sedar penting untuk tahu segalanya mengenai kandungan produk dan kesan tertentu lebih lebih lagi jika pelanggan ada alahan dan sebagainya.

Tanpa ilmu, bukan sahaja ejen berdepan penolakan malah mungkin akan menerima kesan buruk kemudian hari. Oleh kerana itu, biasanya HQ akan membuat sesi orientasi dan menceritakan satu per satu tentang produk.

#3- Kurang ilmu dan kemahiran strategik pemasaran.

Pemasaran komponen yang begitu penting zaman kini. Ramai yang beranggapan pemasaran cukup sekadar melakukan posting di group group FB sampai tahap spamming. Bahkan ada yang mencuba trik spam mesej di whatsapp pelanggan.

Ini menandakan kita masih kurang ilmu pengetahuan tentang bisnes dan pemasaran. Pertama, wajar jika kita mempunya cara berfikir seperti pelanggan. Menulis seperti pelanggan, menyelesaikan masalah pelanggan.

Kedua, memburu wang segera bakal merosakkan reputasi kita. Maksud di sini, kita perlu santuni pelanggan dengan menerangkan faedah yang mereka dapat apabila membeli produk tersebut daripada kita.

#4- Harga yang tidak sesuai dengan pasaran

Makin lama banyak faktor perlu diutamakan terutamanya mengenai harga di pasaran. Selain itu, satu keperluan untuk HQ fikirkan berapakah harga yang sesuai supaya margin bersih untuk ejen tadi setimpal dengan usaha mereka. Zaman kini sudah terlalu kurang ejen yang mahu komisen rendah lebih lebih lagi bawah RM30 per jualan. Bahkan ramai yang sudah tahu kira kira angka bisnes supaya usaha mereka lebih berbaloi.

#5- Persaingan yang tinggi

Tambahan, boleh dikatakan semua kategori bisnes pada hari ini menerima persaingan yang tinggi biarpun dahulu ia merupakan blue ocean. Ini menjurus ke arah populasi ejen yang ramai dan tidak terkawal lantas ramai di kalangan mereka akan buang harga. Lihat di Shopee bagaimana perkara ini berlaku tanpa kawalan. Paling buruk, HQ akan berdepan dengan keadaan yang sukar jika dibiarkan melarat.

#6- Kurang berdaya saing

Ada di kalangan ejen yang mempunyai pemikiran,”aku bayar fee, jadi HQ lah kena bagi aku sales”. Tak dinafikan memang ada mereka yang berfikir begini, ada yang tidak mahu bekerja lebih padahal komisen ditawarkan lebih berbaloi dan banyak dari wang diberikan kepada HQ. Solusi di sini tentulah HQ harus memberikan penerangan dan motivasi kepada ejen supaya mereka semua boleh berdaya saing. Mereka berjaya, HQ pun berjaya !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *