Senarai Masalah Kerap Dihadapi Oleh Bisnes Sistem Stokis
Dalam era digital yang serba moden ini, model perniagaan menggunakan sistem ejen semakin popular di kalangan usahawan. Sistem ini merujuk kepada strategi perniagaan di mana syarikat atau individu menggunakan ejen untuk mempromosikan, menjual, dan mengedarkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Ia menawarkan peluang yang luas untuk berkembang dengan lebih pantas tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pekerja tetap atau infrastruktur yang besar. Walaupun kelihatan mudah dan menguntungkan, sistem ejen mempunyai cabaran tersendiri yang perlu dihadapi oleh para pengusaha. Artikel ini akan membincangkan beberapa cabaran utama dalam perniagaan menggunakan sistem ejen serta cara-cara untuk mengatasinya.
#1- Masalah Menguruskan Ejen Secara Efisyen
Menguruskan manusia pasti memerlukan kemahiran komunikasi dan teknikal yang tinggi. Jika angka anda kecil bawah 50 orang, boleh kita bersikap sambil lewa dan tidak serius tetapi jika meningkat ke angka 100, 1000 malah puluh ribu, tentu anda tidak senang duduk. Antara masalah besar kerap terjadi apabila HQ kerap terlepas pandang jualan para ejen dan adakalanya tidak senstif dengan aduan. Di sini pentingnya kemudahan teknologi seperti sistem pengurusan ejen stokis FounderHQ.
Semuanya kiraan tepat secara realtime dan segala permasalahan bakal direkod dalam sistem itu sendiri. Anda tidak perlu pening kepala.
#2- Gagal Mengawal Kualiti Produk
Selalu kita dengar juga, founder bisnes acapkali dicop sebagai founder timbangkilo atau timbangkati dek kerana sesetetengah dari pendiri bisnes suka mengamalkan konsep hit and run. Biasanya, produk jenis ini tidak berkualiti dan boleh mendatangkan bahaya bagi pengguna. Dalam bisnes, suara pembeli amatlah penting. Anda mungkin untung pada pembelian kali pertama tetapi kesetiaan kepada jenama sudah tidak ada.
#3- Terlalu banyak channel jualan
Lambakan platform masakini menyebabkan pendiri bisnes keliru platform mana satu harus diutamakan. Begini,jika prospek anda ramai di Instagram & Tiktok, fokus ini terlebih dahulu. Jika audience anda ramai di Facebook, dahulukan FB. Jangan ikut trend kerana itu melambatkan proses kejayaan kita. Kemudian, ramai juga yang mengalami kesukaran disebabkan apabila banyak channel jualan, sukar untuk track dari mana jualan itu datang. Di sinilah anda perlu gunakan FounderHQ, sistem urus jualan ejen stokis yang membantu centralize jualan anda semua.
#4- Masalah Komunikasi
Berkomunikasi dengan ejen ini ada seninya. Ragam manusia berbeza-beza dan kita sebagai manusia pun tahap sabar tersendiri. Setakat kami lihat, ramai di kalangan kita yang keras kepala merasakan diri sendiri betul semua, sering lupa siapa yang membantu kita naik permulaan dahulu.
Impaknya, founder sering dilihat bercakap secara tidak profesional dan tiada class. Mungkin kita betul dan menang tapi persepsi masyarakat tidak begitu terhadap kita.
#5- Membiarkan ejen terlalu bebas
Ada sesetengah kes yang kami jumpa, membenarkan ejen bebas melakukan jualan tanpa ada komunikasi dengan HQ.
Ini satu perkara yang agak bahaya berikutan ejen jarang menyimpan database dengan baik. Alangkah baiknya jika anda selaku HQ berkongsi maklumat dengan ejen supaya jualan berulang boleh dilakukan. Tambahan ada pula kes dimana ramai ejen tidak mahu mengikut peraturan restock dan buat ikut kehendak masing masing. Kesannya pengurusan stok HQ tidak teratur dan founder bertambah pening kepala.
Menguruskan ejen ini memerlukan tingkat ilmu dan kesabaran yang tinggi. Tuan puan selaku founder haruslah faham tentang pengurusan emosi dan ketahanan dalam bisnes. InshaAllah founder bisnes di Malaysia akan lebih berdaya saing dalam menguruskan sistem ejen mereka.