TERMA & SYARAT
Jaminan Pulangan Wang 30 Hari (30-Day Money Back Guarantee)
Khas untuk Langganan Pakej Tahunan Founder HQ
Founder HQ komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sekiranya pelanggan merasakan sistem ini tidak memenuhi keperluan perniagaan mereka, kami menawarkan jaminan pulangan wang selama 30 hari bagi langganan pakej tahunan, tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
Kelayakan Tuntutan Pulangan Wang:
- Pelanggan melanggan mana-mana pakej tahunan Founder HQ.
- Tuntutan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
- Pelanggan telah menggunakan sistem secara aktif sekurang-kurangnya sekali dan telah mengemukakan isu yang tidak dapat diselesaikan oleh pasukan sokongan kami.
- Akaun tidak mempunyai sebarang integrasi aktif dengan sistem pihak ketiga dan tidak mempunyai lebih daripada 5 transaksi atau aktiviti automasi sistem yang kompleks.
- Pelanggan bersedia memberikan maklum balas bertulis yang jelas dan jujur berkenaan sebab ketidakpuasan mereka terhadap sistem ini.
Tuntutan Tidak Layak Jika:
- Tuntutan dibuat selepas tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
- Akaun telah digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan perniagaan atau transaksi dan kemudiannya diminta untuk refund tanpa alasan munasabah.
- Pelanggan tidak memberi kerjasama kepada pasukan sokongan dalam proses setup, onboarding, atau penyelesaian masalah.
- Akaun didapati melanggar mana-mana polisi penggunaan Founder HQ.
- Tuntutan dibuat bagi langganan bulanan (jaminan ini hanya terpakai untuk langganan tahunan).
Proses Permohonan Refund:
- Hantar permohonan ke emel
support@founderhq.myatau WhatsApp pasukan sokongan dengan maklumat berikut:- Nama penuh dan emel akaun
- Tarikh pembelian
- Sebab permohonan refund
- Pasukan kami akan melakukan semakan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.
- Sekiranya permohonan diluluskan, jumlah akan dipulangkan dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja ke kaedah pembayaran asal.
Nota Penting:
- Sekiranya permohonan refund diluluskan, akses sistem akan ditamatkan serta-merta.
- Pelanggan yang telah menerima refund tidak layak untuk jaminan pulangan wang ini sekiranya ingin melanggan semula pada masa hadapan.
- Founder HQ berhak untuk menolak permohonan sekiranya didapati tuntutan tidak berasas atau bertujuan untuk penyalahgunaan polisi.

